ASL Development Group (M) Sdn Bhd sebuah organisasi yang sedang berkembang sedang mencari calon yang berminat untuk bekerja dan memenuhi syarat untuk kedudukan di bawah. ASL terdiri dalam kumpulan syarikatyang terlibat dalam pendidikan awal kanak-kanak, latihan korporat, perundingan keusahawanan, peruncitan, dan percetakan.

HUMAN RESOURCES ASSISTANT / CLERK

Jawatan yang ditawarkan ini berada di bawah Jabatan Sumber Manusia. Bertanggungjawab untuk membantu pentadbiran, penyelarasan, penilaian, dokumentasi dan rekod dalam Jabatan Sumber Manusia.

KELAYAKAN & PENGALAMAN:

  1. SPM dengan minima 5 tahun pengalaman sebagai kerani sumber manusia atau akaun atau jabatan sokongan lain atau;
  2. Memiliki Diploma Pengurusan atau Diploma Sumber Manusia atau yang bersesuian dengan pengalaman bekerja minima selama 2 tahun.
  3. Jawatan sepenuh masa sahaja. Boleh mula segera akan menjadi kelebihan.
  4. Memiliki karektor muslim atau Muslimah yang baik.
  5. Baik dalam komunikasi lisan serta bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.
  6. Kemahiran yang baik dalam menguruskan file, kekemasan dan sistematik.
  7. Jawatan ini akan berpangkalan di Shah Alam (Pejabat HQ) dan perlu ke cawangan kami di Lembah Klang, Kuala Lumpur atau mana-mana cawangan kami jika perlu atas urusan kerja.
  8. Mempunyai lesen memandu dan penggangkutan sendiri.
  9. Boleh berkerja lebih masa.
  10. Baik dalam penggunaan Microsoft Word, Excel dan Powerpoint.
  11. Boleh berkerja dengan baik dan kurang pemantauan dari ketua.
  12. Cepat belajar, matang, yakin, sabar, orang yang bermotivasi, ketepatan waktu dan mampu bekerja secara bebas.

JOB SCOPE:

Sebagai fungsi Kerani Sumber Manusia yang merangkumi tugasan berikut :

  1. Mengeluarkan serta memproses surat, memo, email atau dokumen perjanjian berkaitan dengan Sumber Manusia.
  2. Membantu Eksekutif dalam pengiraan gaji, cuti, tuntutan, dan lain-lain setiap bulan.
  3. Membuka, memproses, melabel, melengkapkan dan mengemaskini file pekerja dan file-file lain dalam Sumber Manusia.
  4. Mengumpul dan memproses penilaian prestasi kakitangan ketika pengesahan jawatan atau kenaikan jawatan.
  5. Menyediakan bahan dan keperluan dalam Jabatan Sumber Manusia merangkumi keperluan latihan, induksi, temuduga, jamuan atau aktiviti kebajikan staff.
  6. Membuat panggilan dan temujanji bagi sesi interview serta mengikut proses SOP yang disedikan.
  7. Membantu memastikan prosedur dan SOP sumber manusia diikuti oleh semua.
  8. Melaksanakan tugasan ad hoc berkaitan dengan skop Sumber Manusia.
  9. Membantu memantau asrama kakitangan di cawangan

Mendapatkan perunding latihan atau penceramah bagi tajuk yang diperlukan.

BENEFITS

  1. Gaji Asas + Elaun.
  2. Insuran Perubatan.
  3. Tuntutan perjalanan.
  4. KWSP, SOCSO dan cuti tahunan.
  5. Percutian dalam dan luar negara.
  6. Kekerapan aktivit syarikat (makan malam tahunan, bbq, hari keluarga, pertandingan dll.)
  7. Sesi Latihan dalaman (internal) dan luaran (external).
  8. Bonus tahunan.
  9. Peningkatan gaji tidak pada ijazah / diploma tetapi berdasarkan kompetensi dan potensi.

Dan banyak lagi manfaat lain.

Jika anda calon yang mencari cabaran dan melihat potensi kejaya Bersama kami; sila e-mel di hr@aslgroup.com.my dengan tajuk e-mel anda “Saya adalah Pembantu Sumber Manusia Yang Berpotensi”.

Dengan rahmat Allah, kami gembira kerana anda menyertai kami dan berkembang bersama dalam satu matlamat.