cabaran usahawan dagang 2014 TRADEC - ASL Group

Cabaran Usahawan Dagang 2014 yang telah diadakan pada 7 Julai 2014 yang lalu di Kolej Kesebelas, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang baru-baru ini berjaya mengenal pasti bakat dan potensi kira-kira 15 peserta terpilih untuk menjadi usahawan berjaya.

Program anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, PKNS Biz Point dan ASL Resources Training and Consultancy berlangsung selama seminggu.

Program ini bertujuan untuk menyemai semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar dapat menjadikan bidang usahawan sebagai kerjaya sebaik menamatkan pengajian.

Bagi sesi bersama usahawan, penganjur menjemput usahawan orang kurang upaya iaitu Mohd. Sukur Ibrahim melalui syarikat D’Strike Solution untuk berkongsi pengalaman mengenai bidang perniagaan dan keusahawanan.

Selain itu, pelbagai topik menarik turut disediakan antaranya bengkel perancangan perniagaan, teknik memborong di luar negara, pengurusan asas perniagaan, rancangan perniagaan dan pendaftaran syarikat.

Sumber: Utusan Online